Friday, January 7, 2011

Seloka 3 Ibnu Hayyan!!

SELOKA 3 IBNU HAYYAN

Okaayyyy…seloka kami bermula,

Harapnya semua sihat sejahtera,

Ingin perkenal sebuah kelas punya angkara,

Sudilah dengar Hayyanesse bersandiwara.


Miss Wong nama diberi,

Orangnya baik ceria sekali,

Subjek B.I beliau ajari,

Inilah guru tingkatan kami.


Ketua kelas Afique namanya,

Wanie pula penolong yang setia,

Walaupun tegas tapi gila-gila,

Mengawal kelas agar terlaksana.



Fadhil dan Jepa tampan sekali,

Hebat main bola, memang lelaki sejati,

Ini pula Amin, Pdah nama diberi,

Sepanjang tahun 2010 berkongsi hobi.


Ini Azhan dan Nazrin nama diberi,

Pasal bercinta hebat sekali,

Cikgu keluar susahlah kami,

Habis ‘gege’ kelas kami.


Naqib Faiq ibunya memberi nama,

Kelahiran SKDH 1 yang paling berjaya,

Pandai “giler” dalam semua perkara,

Mem‘block’ orang itulah hobinya.


Nak dengar suara punyalah susah,

Orang bercakap, mereka membisu,

Itulah Tini, Lini dan Nazihah empunya diri,

Langit runtuh pun mereka tak tahu.


Din dan Keeyo anak orang kaya,

Tiap-tiap tahun ke luar negara,

Amir pula anak “golf player”,

Tak serik lagi ker kena sindir.


Bila ber’beta’ tak pernah kalah,

Dah kena soal mula “kenaling bewak”,

Amier & Fahim duduk bersebelah,

Time boring mesti buat lawak.


Kulit licin sungguh menawan,

Amat mudah dibuat kawan,

Cakap cikgu tak pernah lawan,

Itulah dia Dila, Sya dan Zahraa.


Artis Hollywood penyanyi pujaannya,

Cikgu tiada mulalah konsertnya,

Amira dan Aliff empunya diri,

Kalau suara sedap tak apalah juga.


Intan datang ke sekolah pukul 10 pagi,

Katanya “masih awal lagi”,

Makanlah Calci-yum kalau nak tinggi,

Eh Izzaty, kamu kena cuba ni!!!


Ini dia ceti kami,

Mintak duit itulah kerjayanya,

Jend dan Ferry nama diberi,

Tetapi sayang tak pernah kaya.


Mc Tenk diberi nama,

Ratu tidur semasa belajar,

Guru mengajar dia berdengkur,

Apabila ditanya terus menganga.


Gadis busuk gelaran diberi,

Itulah dia Vinie empunya diri,

Ini pula Mija punya cerita,

Gadis paling “bekem” atas dunia.


Orang perasan smart tapi ceria,

Menjadi Shing Dong cita-citanya,

Dalam pelajaran ok lah juga,

Itulah Shaz punya angkara.


Tamatlah sudah seloka ini,

Hayyanesse nak lelap seketika,

Harap kejayaan PMR’10 milik kami,

Maaf dipinta jika terasa.


IDEA DARI :

NANCOM (MYSTERY),

3 IBNU HAYYAN.



No comments:

Post a Comment